Saturday, December 29, 2012

‎---Tanda-tanda Terkena Sihir---

Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
Badan terasa berat dan malas.
Sukar mendapat jodoh.
Badan terasa bisa-bisa.
Sakit ketika ziarah orang meninggal.
Sukar tidur malam.
Sakit pinggang tanpa sebab.
Sakit dada bila waktu asar keatas.
Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
Bermimpi di tempat tinggi.
Bermimpi di tempat yang kotor.
Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
Bayi kerap menangis.
Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
Malas beribadat.
Nyanyuk ketika usia lanjut.
Panas baran.
Sikap berubah secara mendadak.
Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
Suka melakukan tabiat buruk.
Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
Kerap keguguran.
Gagal melakukan hubungan kelamin.
Mengantuk bila dengar al-quran.
Bermimpi seram yang menakutkan.
Darah haid turun lebih 15 hari.
Batuk yang berpanjangan.
Selalu ditindih ketika tidur.
Kuat berangan.
Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
Nafsu seksual yang melampau.
Selalu melihat kelibat dirumah.
Terasa diri selalu diperhatikan.
Mandul.
Kerap mendengar sesuatu bisikan.
Melihat jin secara terus.
Sakit mental atau gila.

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

Insyaallah sembuh dengan izin ALLAH SWT :)

Sunday, December 16, 2012

6 cara untuk kuatkan iman dengan Hari Akhirat


1. Ambil sedikit masa dalam sehari untuk beri'tikaf dan muhasabah diri.

Setiap hari kita sibuk berurusan dengan manusia hingga kita terlupa untuk menghitung bekalan amalan yang ada pada diri kita untuk dibawa ke akhirat kelak. Untuk itu, cuba ambil 10-20 minit setiap hari sebelum atau selepas solat berjemaah di masjid, niatkan i'tikaf dan muhasabah apa yang telah dan akan dilakukan pada hari tersebut. Lahirkan syukur dengan amalan yang telah dilakukan dengan meneruskan amalan dan menambah amalan-amalan lain, juga lahirkan rasa gerun dengan dosa-dosa yang telah dilakukan dengan berhenti berbuat dan beristighfar.

2. Hadiri majlis pengebumian.

Jika terdengar akan berita kematian, hadiri majlis tersebut. Ambil pengajaran dari majlis yang sedemikian. Lihat sendiri apakah gunanya pangkat dan harta apabila kematian menjelma. Lihat apakah kesan interaksi kita dengan masyarakat pada hari tersebut. Jika kita seorang yang baik dengan Allah Subhanahu wa Taala dan masyarakat, bagaimana majlis pengebumian kita dan jika sebaliknya, bagaimana pula?

3. Lazimkan diri menziarahi kubur.

Dengan menziarahi kubur, fikiran kita akan melayang-layang membayangkan apakah balasan yang dikenakan terhadap penghuninya. Adakah ia salah satu taman dari taman-taman syurga? Atau ia salah satu lubang dari lubang-lubang neraka? Bagaimana pula dengan nasib kita?

4. Melibatkan diri dalam urusan memandikan jenazah.

Lihat bagaimana mayat dimandikan. Tubuh terkujur tidak bergerak dan dibolak-balikkan sesuka hati oleh tukang mandi. Walau sehebat manapun kedudukan dia di muka bumi, apabila nyawa sudah berpisah dengan badan, maka tiada lagi kemegahan. Yang tinggal hanyalah sekujur tubuh yang tak mampu lagi bersuara; menyuruh apa yang dikehendaki, melarang apa yang dibenci. Pada saat itu, di manakah kita?

5. Ambil pengajaran dari klip video yang menggerunkan.

Saksikan video-video bencana alam yang menggerunkan. Perhatikan bagaimanakah kekuasaan Allah Subhanahu wa Taala yang mampu untuk menenggelamkan sebuah bandar dalam masa yang sekejap. Menghancurkan sebuah pekan dengan hanya menghantar angin. Tsunami, gempa bumi, ribut taufan -- itu semua tanda kekuasaan dan kebesaran Allah subhanahu wa taala. Maka ketika itu sanggupkah kita mengingkari perintahNya?

6. Berinteraksi dengan alam.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam memberikan contoh yang jelas bagaimana Baginda berinteraksi dengan alam. Baginda mengajarkan kita doa-doa yang dibaca ketika hujan, ribut, guruh, petir, gempa bumi dan lain-lain. Para sahabat bergegas ke masjid apabila berlaku bencana alam bimbang pada hari itu berlakunya Hari Kiamat. Kita?

Kahwin Muda Lebih Baik Dari Bercouple

“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangislah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku.” HR. Ibnu ‘Addi.

Sejak kebelakangan nie ramai juga rasanya yang kahwin muda . Umur baru 20 tahun dah berkahwin . Yang paling muda baru-baru nie umur 14 tahun dan pasangan dia pula 16 tahun . Masih sekolah tu beb ! Masih bawah umur pulak tu . Mula ramai yang pelik macam mana boleh kahwin . Alahai ! nak pelik kenapa ? Pergi je mahkamah minta kebenaran dah lulus boleh kahwin . 
Kalau sebut kahwin muda ni mesti akan ada yang bangkang . Mula la berhimpun di kedai kopi buka topik hangat . Sana sini kecoh gatalnya budak tu kahwin awal . Gediknya budak tu nak kahwin . Yang lebih sadis lagi ada juga mulut macam longkang cakap eleh , confirm tak lama . Kahwin banyak dugaan orang muda macam dia mana boleh handle . Hai , kakak , abang , pak cik , mak cik dan segala jenis mak atau bapak . Kahwin muda ke kahwin tua ke selagi nama manusia selagi tu juga kita diuji . Dah menjadi tanggungjawab syaitan nak hasut manusia .
Semestinya ramai yang beranggapan remaja yang berusia kurang daripada 20 tahun ni masih mentah dalam mengharungi liku-liku kehidupan sebagai pasangan suami isteri . Ada pula yang anggap baru setahun jagung umur dah nak kahwin . Itu la hakikat manusia zaman sekarang . Bila dunia penuh dengan maksiat cakap dan maki macam-macam . Bila remaja tu sendiri fikir nak kahwin tak nak bagi pula . Macam mana tu ? Kalau zaman dulu boleh je mak-mak or bapak kita kahwin muda . Itu belum masuk zaman nenek moyang lagi . Entah umur berapa la dah kahwin . 
Biar jela kalau ada anak-anak remaja nak berkahwin muda pun . At least terlepas dari godaan syaitan nak melakukan maksiat . Kes-kes kena tangkap khalwat atau kes buang bayi pun mungkin boleh berkurang bila dah muda mudi kahwin awal . Macam mana dorang nak handle rumah tangga dorang tu biar je dorang sendiri yang fikir dan kita patut doakan kebahagiaan dorang bukannya nak kritik macam-macam . 

“Wahai pemuda(belia) sesiapa yang mampu dikalangan kamu untuk (berjima) maka berkahwinlah, Sesunguhnya ia menundukkan pandangan kamu, memelihara kemaluan mu(kehormatan) dan bagi sesiapa dikalangan kamu yang tidak mampu dengannya adalah dengan berpuasa. Sesungguhnya ia adalah pencegahnya”



Hujah yang mengalakkan kahwin segera awal boleh dikeluarkan dari dalil-dalil berikut:

وأنكحوا الأيامى منكم والصالحين من عبادكم وامائكم ان يكونوا فقراءيغنهم الله من فضله والله واسع عليم

Maksud firman Allah swt: “Dan kahwinlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin,Allah swt akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui”.

Al-Qurtubi menafsirkan ayat tersebut dengan menyarankan kepada penjaga agar memberikan kemudahan dan bantuan untuk melaksanakan perkahwinan mereka.

Arahan “kahwinlah” menunujukan mereka yang mempunyai kuasa dalam memberikan arahan. Tanggungjawab ini tepikul kepada penjaga sama ada lelaki atau wanita.

Janganlah sampai takutkan kemiskinan maka pihak yang dipertanggungjawabkan sangup menghalang anak jagaannya daripada berkahwin .Tidak sepatutnya bagi seseorang yang beriman dengan Allah swt meletakkan ketakutan sebegini kerana ia bukanlah merupakan suatu asas yang kukuh.

Dari Abu Hurairah r.a bersabda Rasulullah s.a.w: “Apabila meminang seorang lelaki yang kau redhai Agamanya,akhlaknya dan amanahnya maka kahwinkanlah ia,jika tidak dilakukan, terjadilah ia fitnah dan kerosakan yang meluas”.(at-Tirmizi)

Jelas baginda menganjurkan kepada penjaga agar kahwinkan anak mereka dengan lelaki yang mempunyai agama, akhlak, amanah. Ini kerana sifat tersebutlah yang menjamin sesuatu keluarga itu bahagia. Ada pun meletakkan syarat-syarat tambahan di takuti memberatkan bagi jagaannya mencari jodoh seterusnya mebawa fitnah kerosakan di dalam masyarakat.

Dari Ali r.a sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda : “ Tiga perkara jangan kau tangguhkan, Solat apabila tiba waktunya, Mayat apabila sampai, dan Bujang yang ditemukan sekufunya”.

Dari fatimah binti Qais , Sesungguhnya Rasulullah saw telah megarahkannya mengahwini Usamah bin Zaid pada ketika itu berusia belum menjangkau 16 tahun. Nikahlah kamu akan Usamah bin Zaid” Maka aku enggan. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda “Nikahlah dengan Usamah bin Zaid”. Maka aku nikahinya. Maka Allah swt telah memberikan kebaikan kelapangan(Riwayat muslim)

Dari saidina Umar bin al-Khattab r.a sesungguhnya telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, Janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Jelas pada kita bahawa Nabi telah memberi garis panduan yang jelas kepada kita. Dan Nabi juga memahami keinginan remaja apatah lagi dengan nafsu yang kuat. Nabi memberi kaedah seperti puasa. Dengan berpuasa dapat menahan dari seseorang dari mengikut hawa nafsu. Seperti pepatah “Nasfu kamu jika tidak disibukkan dengan Allah maka ia akan mennyibukkan dirimu dengan perkara-perkara batil”. Dengan itu jelas bahawa perkahwinan di usia muda adalah satu rahmat kebaikan dan dapat menyelamatkan seseorang itu dari fitnah dan maksiat. Antara-antara kelebihan-kelebihan perkahwinan awal adalah mendekatkan diri kepada Allah swt dan agama. Adalah ibadat dan sempurna ibadat dengan berkahwin, menjaga dan menyelamatkan hubungan sesorang itu dengan ikatan yang sah dapat melahirkan zuriat dan keturunan yang baik, menjaga dari hilangnya kemanisan perkahwinan itu, masa dengan pasangan adalah lebih dan dapat merancang dengan baik, budaya “ bercouple” ketika kahwin adalah terbaik.